Friday, February 12, 2010

PRODUK AGRO BAZAR





SUP HARUAN SEGAR DALAM TIN
YANG PERTAMA DIMALAYSIA DAN DIDUNIA

Tanpa pengawet dan perasa tiruan, berkhasiat, enak, halal dan mudah disediakan!

Ia juga tidak berbau hanyir dan mempunyai kandungan kolagen yang tinggi. Sup ini disediakan dengan mengaplikasikan teknologi terkini didalam proses dan penyediaannya bagi memastikan khasiat yang terdapat didalam ikan haruan terpelihara dan dapat memberi kesan optimum kepada mereka yang mengambilnya.

Kajian santifik membuktikan ikan haruan berkhasiat bagi mempercepatkan proses penyembuhan luka terutama bagi ibu-ibu yang bersalin dan mereka yang menjalani pembedahan.

Ini telah dibuktikan berdasarkan kajian saintifik yang dijalankan oleh Prof. Saringat Baie dari USM and Prof. Abdul Manan Mat Jais dari UPM tentang khasiat dan kebaikan ikan haruan.
Kebaikan ikan haruan

Haruan mempunyai asam amino dan lemak yang dapat menyembuhkan luka dalam perut serta amat baik untuk mengubati penyakit gastrik
Haruan mengandungi sejumlah besar Vitamin A yang membantu menambah daya penglihatan, melembapkan kulit dan bertindak sebagai anti oksidan yang melambatkan proses penuaan.

Haruan mengandungi asid arakidonik yang tinggi yang membantu memulakan proses darah menjadi beku dan bertanggungjawab untuk pertumbuhan semula sel baru.

Glisin dari ikan haruan (merangkumi asid aspartik dan glutamik) yang merupakan satu daripada komponen penting kolagen dalam kulit manusia akan membentuk molikul protein yang penting untuk pertumbuhan semula dan penyembuhan.
Dari kajian saintifik didapati pengambilan ikan haruan juga dapat mengurangkan sakit selepas pembedahan


THE FIRST INSTANT HARUAN SOUP IN
MALAYSIA AND IN THE WORLD

The 'Haruan' fish (Channa Striatus ) has always been a popular food among the Asians. Many believes that the 'Haruan' fish is capable of healing wounds and reduces pain after surgery ,especially for those undergoing treatment post-surgery and mothers undergoing post-natal treatment

This soup is prepared according to the latest technology to ensure the nutrients contents of the 'haruan' fish is not compromise for the consumers consumption







IKAN PEKASAM

AROMA PENCETUS SELERA



Ikan merupakan komoditi yang mudah rosak dan tidak dapat disimpan lama jika tidak diawet. Pelbagai kaedah pengawetan telah diamalkan untuk mengekalkan mutu serta kualiti ikan seperti pengawetan secara tradisional iaitu memproses pekasam.

Memperoses pekasam amat mudah serta tidak perlu modal yang besar. Pekasam disediakan melalui proses pemeraman ikan yang digaul bersama garam, asam keping atau asam jawa, gula merah dan beras goreng.

Ikan air tawar menjadi pilihan utama untuk dijadikan pekasam yang terdiri dari pelbagai jenis ikan seperti ikan terubul, lampan jawa, merah mata, temperas, mengkawan, ketutu, kepar, kalui, loma, toman, sepat padi, sepat siam, tilapia dan belida.




Cara-cara Pemprosesan Pekasam

Ikan disiang, dibuang perut dan dicuci segala kotoran, lemak serta darah.

Ikan ditoskan dan digaul garam kasar dengan kadar 30%.

Setelah digaramkan, ikan diperam selama 2-3 hari.

Selepas diperam, ikan dibersihkan dengan air sebanyak tiga kali dan ditoskan.

Selepas ditoskan, ikan digaul dengan beras goreng yang telah dihancurkan, dimasukkan kedalam baling kedap udara dan dicampur dengan asam jawa serta gula merah.

Peram kali kedua selama 14 hari kedalam baling kedap udara.

Pekasam yang telah siap dibungkus serta sedia untuk dipasarkan










Promosi Terkini

PRODUK HILIRAN IKAN KELI


KELI KERING


Memproses ikan kering adalah satu cara pengawetan ikan secara tradisional sejak dahulu lagi, tetapi ianya tidak diusahakan secara komersial.

Ikan kering hanya diproses dari ikan-ikan lebihan untuk jualan atau ikan berkualiti rendah. Antara jenis ikan yang sering digunakan ialah ikan gelama, cencaru, duri, timah dan pari.

Disini kami mementingkam kualiti ikan yang dikeringkan.Ikan kering kami dihasilkan dari ikan yang segar daripada kolam ternakan kami.


SURIMI

Pemprosesan hasilan berasaskan daripada surimi mempunyai potensi yang baik untuk dimajukan.Di Malaysia usaha ke arah memajukan industri ini sedang giat dimajukan.Berbagai hasilan diperkenalkan dan boleh didapati dalam pasaran samada dalam bentuk segar atau sejukbeku. Surimi adalah perkataan bahasa Jepun yang membawa maksud isi ikan hancur yang telah melalui proses larut lesap dan seterusnya diadun dengan gula dan polifosfat. Industri pemprosesan surimi mula diperkenalkan di Malaysia pada awal tahun 80-an. Surimi boleh diproses menjadi makanan laut tiruan seperti isi ikan, udang, "scallop" dan sebagainya. Hasil-hasil seperti ini sesuai bagi mereka-mereka yang menghadapi masalah alahan terhadap makanan tersebut. Surimi digunakan sebagai bahan mentah separa siap dalam pengeluaran pelbagai hasil ikan seperti bebola, kek, jejari. "nugget", "rolls", burger, sosej dan pelbagai hasil bersalut serta "kamaboko".


NUGGET KELI



BEBOLA KELI



BURGER KELI



DAPATKAN SEKARANG...!!





IKAN TERUBUK SARAWAK


Ikan Terubuk Sarawak adalah salah satu produk terkenal dikalangan pelancong yang berkunjung ke Kuching, Sarawak. Para pelancong terutamanya dari Semenanjung pasti akan membelinya sebagai ole-ole sebelum meninggalkan bandaraya Kuching.Bezanya diantara ikan Terubuk semenanjung dan Sarawak adalah kualiti ikan itu sendiri