Friday, February 12, 2010

AKUAPONIK


SISTEM FERTIGASI & HIDROPONIK

Pada masa kini teknologi pertanian terus berubah, Sistem fertigasi adalah satu daripada cabang hidroponik yang antara lain terdiri dari sistem Titis Mikro, Hidroponik Aliran Dalam, Hidroponik Aliran Cetek, Hidroponik Static, Aeroponik dan Pemercik Mikro .Fertigasi, atau dalam bahasa Inggeris "Fertigation", adalah singkatan daripada perkataan "fertilization" (pembajaan) dan "irrigation" (pengairan) Hasil pengeluaran bukan sahaja dapat ditingkatkan dengan berganda tetapi kaedah penanaman dapat dipermudahkan dan kos buruh dapat dikurangkan.

Sistem fertigasi ialah satu kaedah pemberian larutan baja kepada zon akar yang diperlukan oleh pokok secara berkesan tanpa pembaziran dan pencemaran alam sekitar. Sistem fertigasi sangat sesuai bagi tanaman sayur berbuah seperti tomato, timun jepun, cili merah, terung, melon, cili, sayur, strawberri dan pokok hiasan . Umumnya , tanaman ini untuk kebanyakkan tanaman bernilai tinggi di pasaran




Keperluan Peralatan atau kompenan yang diperlukan dalam sistem fertigasi adalah seperti tangki air dan tangki air nutrien (baja), tong untuk menyimpan stok nutrient, pam air, paip poli atau paip PVC, dripper, tiub air, tiub air mini, timer dan peralatan kawalan air dan baja. Bagi menggantikan fungsi tanah, beberapa media digunakan seperti cocopeat (sabut kelapa), sekam padi, rootwool, perlite, zeolite, dan vermiculate. Sabut kelapa dan sekam padi digunakan secara meluas kerana harganya yang murah, ringan, dan mudah digunakan.



SISTEM AKUAPONIK



Sistem akuaponik di
Malaysia bermula sekitar awal RMK 9 apabila kerajaan ingin menjadikan pertanian sebagai enjin ketiga dalam menjana pendapatan Negara. Sistem ini begitu popular di Negara maju kerana konsep teknologinya mudah dan mesra alam. Akuaponik adalah gabungan ternakan ikan air tawar dalam tangki dan tanaman menggunakan media khas. Teknologi yang diperkenalkan adalah ternakan ikan dalam tangki menggunakan sistem air kitar semula dan tanaman pula menggunakan sistem fertigasi.




Syarikat kami menggunakan kaedah dan sistem modular mudah alih, integrasi akuakultur, hidroponik, akuaponik dan fertigasi dalam satu sistem pengeluaran bio bersepadu

  • Air Sisa buangan daripada sistem biologi pertama (ternakan ikan air tawar) membekal nutrien kepada sistem biologi kedua (tanaman). Air lebihan kembali ke sistem biologi pertama dan seterusnya.
  • Sistem ini berkonsep pertanian tepat dan berfungsi tanpa racun serangga, racun perosak dan baja kimia. Input utama adalah makanan ikan sementara input sampingan berupa larutan mikro-nutrien bagi melengkapkan nutrien yang terkurang.
  • Sistem ini mengoptimumkan penggunaan media ternakan, media tanaman, media tapisan serta semua sisa dan bahan buangan terhasil diubah kepada hasil – Waste to Wealth.
  • Sistem ini mesra alam, tidak mengganggu dan tidak menjejaskan ekosistem serta tiada bahan sisa buangan.



Peralatan & Kompenan Akuaponik

Tangki pengumpulan air kumbahan
ikan untuk tanaman fertigasi
(Tangki Sisa)



Tray Semaian & Tong MicroTube



Micro Tube & Baja Organik





PELAN LAKAR TEKNIK SISTEM

AKUAPONIK