PRAKATA
Sektor perikanan merupakan nadi kepada kesejahteraan dan kemakmuran rakyat kerana peranannya sebagai penyumbang utama bahan makanan kepada penduduk sesebuah negara.
Setiap tahun kerajaan menyediakan peruntukan yang besar bagi kemudahan dan pembangunan sektor , industri asas tani dan perikanan demi menjamin bekalan makanan yang baik dan selamat untuk rakyat. Disamping mengisi keperluan dan permintaan domestik, hasil pertanian makanan yang berkualiti dan menepati piawaian pasaran global berpotensi untuk dieksport bagi menjana hasil serta memperkukuhkan ekonomi negara
FALSAFAH
VISI
BIOAQUATECH ingin Menjadi peneraju dalam perkhidmatan Edu-Agro pelancongan dan pengeluaran pertanian makanan berteraskan sistem pengeluaran bio berproduktiviti tinggi yang mesra alam sebagai penjana ekonomi dan negara
MISI
Bagi mencapai visi dan misi diatas BIOAQUATECH dengan kerjasama Syarikat swasta (sub integrator) JKKK Negeri/ JKKKP Pusat/ Koperasi / akan mewujudkan dan membagunkan laman akuakultur marin dengan keluasan minimum 1 ekar mampu mejalankan aktiviti penternakan. mempertingkatkan inisiatif dalam aktiviti edu-agro pelancongan bagi menjana pendapatan dan memperkasa ekonomi komuniti desa disamping menghasilkan inovasi dan impak tinggi dalam penyampaian maklumat dan pembelajaran supaya menerusi informasi dapat disalurkan , minat dan kemahiran dibina , prestasi keusahawanan dipertingkat serta keupayaan menghasilkan produk dan perkhidmatan dapat diperkembangkan.
IKAN SIAKAP-TILAPIA MERAH
(IKAN KERAPU-SIAKAP PUTIH-IKAN MERAH)
Pertanian merupakan tunggak asas kepada kehidupan manusia baik dari segi sumber makanan, kewangan dan ekonomi serta menjadi matlamat pengusaha pertanian bahawa setiap pelaburan yang dilakukan mampu memberi pulangan menguntungkan.
Tumpuan kerajaan kepada sektor pertanian bukan satu langkah ke belakang, sebaliknya usaha dipergiatkan bagi menjadikan sektor ini sebagai perniagaan untuk jangka panjang. Dalam memajukan sektor pertanian, kerajaan telah melakukan perubahan, tidak lagi mengikut cara lama sebaliknya menggunakan bioteknologi dan teknologi moden bagi menambah nilai hasil pertanian negara.
Kerajaan tidak melihat pertanian sebagai sektor yang mundur akan tetapi sebagai sektor industri yang mampu menjana pertumbuhan ekonomi negara selain mengurangkan import makanan. Oleh yang demikian, kita perlu merubah tanggapan bahawa pertanian merupakan aktiviti ekonomi yang mempunyai sedikit nilai ditambah serta menjana pendapatan yang rendah kepada salah satu cabang perniagaan yang berpotensi untuk dimajukan.
Sektor tani merupakan kegiataan utama ekonomi masyarakat luar bandar. Kaum bumiputera merupakan golongan tertinggi yang terlibat dalam perniagaan. Dengan itu, pembangunan sektor pertanian bukan setakat menjana sumber tumbuhan baru, malah dapat membantu usaha merapatkan jurang sosioekonomi di dalam negara.
Kerajaan akan memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan rantaian nilai serta meneroka aktiviti berasaskan pertanian yang mempunyai nilai tambah yang tinggi, perladangan komersial berskala besar dan menggunakan ICT serta memanfaatkan sepenuhnya potensi dalam bioteknologi. Masyarakat tani pula perlu mengambil peluang yang tersedia ini bagi memajukan diri dan sektor pertanian keseluruhannya. Bioteknologi merupakan satu industri baru dan penting, berpotensi menjana sumber kekayaan baru. Usaha akan dipergiat bagi membangunkan industri bioteknologi sebagai peneraju baru pertumbuhan ekonomi. Tumpuan akan diberi kepada penggunaan bioteknologi dalam pertanian.
Perjalanan untuk menjadikan sektor tersebut sebagai satu perniagaan memerlukan pembudayaan keusahawanan dalam pertanian supaya dapat melahirkan satu generasi usahawan tani bagi menerajui usaha merevolusikan sektor pengeluaran makanan.
Untuk berjaya di dalam bidang pertanian kita perlu ada role model petani dan penternak berjaya. Skala pertanian yang kecil masih menjadi masalah besar dan menghalang para petani meningkatkan pendapatan mereka. Petani harus bekerja pada skala ekonomi yang dapat meningkatkan pendapatan dengan mengkomersialkan usaha yang ada. Di sinilah letaknya peranan bank dan agensi berkaitan untuk membatu petani mengusahakan sektor pertanian secara komersial.
Masyarakat tani perlu mengubah mentaliti dan pendapat selama ini bahawa hasil pengeluaran mereka hanya cukup untuk keperluan sendiri dan akan dijual sekiranya ada lebihan. Aspek kualiti bukan keutamaan dalam pengeluaran mereka. Mereka perlu yakin bahawa aktiviti pertanian masa kini bukan sekadar memenuhi keperluan sara hidup sahaja malah ianya satu perniagaan yang boleh memberikan pulangan yang lumayan. Berdasarkan perkembangan semasa iaitu dengan penggunaan jentera, pentadbiran secara tradisional yang menghasilkan produktiviti rendah boleh ditingkatkan melalui teknologi sedia ada.
Sektor pertanian yang sedang rancak dibangunkan oleh kerajaan meliputi industri asas tani yang ketika ini telah mencapai nilai ditambah dan berpotensi menyediakan 128,000 pekerjaan baru secara langsung dalam jangka masa lima tahun akan datang. Potensi sektor ini tiada batasannya jika diusahakan dengan teliti. Menjelang tahun 2020, sektor pertanian perlu berada di tahap kejayaan yang membantu membina imej sesebuah negara maju.
Di negara seperti Amerika Syarikat, Australia dan beberapa negara maju lain, petani dipandang tinggi kerana mereka tergolong daripada orang-orang kaya. Ini disebabkan sektor pertanian yang diusahakan oleh mereka memberi pulangan menguntungkan. Menurut pakar ekonomi berkaitan pertanian, orang kaya dalam sektor pertanian sebenarnya bukan terdiri daripada golongan petani sejati tetapi adalah golongan pelabur dari sektor swasta atau individu yang mempunyai modal besar untuk mengusahakan industri pertanian secara komersial. Pertanian merupakan satu bidang yang memerlukan modal besar dan hanya mereka yang sanggup melabur akan memperolehi kejayaan.
Untuk memastikan pertanian yang diusahakan menguntungkan, usahawan tani perlu sedia berubah terhadap cara berfikir, bertindak dan membuat keputusan sebagai seorang usahawan. Setiap perbelanjaan dan pendapatan direkod bagi mengetahui untung rugi sesuatu projek yang diusahakan. Trend pasaran, risiko dalam bidang pertanian, keadaan persekitaran, cuaca dan lain-lain yang berkaitan dengan faktor pengeluaran perlu sentiasa diberikan perhatian.
Bagi memastikan bidang pertanian merupakan perniagaan yang menguntungkan dan mampu memberikan pulangan yang lumayan, aspek kuantiti dan kualiti sentiasa dipertingkatkan. Kualiti produk yang dihasilkan akan menentukan harga pasaran hasil yang akan dijual. Bagi menambahkan lagi daya saing produk yang dihasilkan, proses nilai tambah seperti pemprosesan, penggredan, pembungkusan dan pemasaran perlu juga diberikan keutamaan.
Pertanian dalam negara mampu berdaya saing sekiranya semua pengusaha dalam bidang pertanian turut mengambilkira program pensijilan yang diperkenalkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Pengusaha-pengusaha pertanian boleh mendapatkan pengiktirafan melalui pensijilan Amalan Pertanian Baik (APB) seperti sijil Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM) daripada Jabatan Pertanian Malaysia, Sijil Amalan Ladang Ternakan (SALT) daripada Jabatan Perkhidmatan Haiwan Malaysia dan Skim Pensijilan Ladang Akuakultur Malaysia (SPLAM) daripada Jabatan Perikanan Malaysia. Selain daripada produk yang dikeluarkan berkualiti dan selamat untuk dimakan, pensijilan diperolehi secara tidak langsung dapat menepati piawaian pengeluaran antarabangsa yang membolehkan hasil keluaran dipasarkan ke luar negara.