Friday, February 12, 2010

AKUAKULTUR AIR TAWAR





KURSUS ASAS

AKUAKULTUR AIR TAWAR





PUSAT LATIHAN AKUAKULTUR
BUKIT TINGGI, RAWANG, SELANGOR

4 HARI 3 MALAM

TARIKH: 03-06 / 05 / 2010
(PENYERTAAN DITUTUP)


17 - 20 / 05/ 2010
(PENYERTAAN DITUTUP)

AKAN DATANG

07hb Jun - 010hb JUN 2010
(PENDAFTARAN DIBUKA SEKARANG)

21hb Jun - 24hb Jun 2010
(PENDAFTARAN DIBUKA SEKARANG)

YURAN : RM600.00

PAKEJ MERANGKUMI:
PENGINAPAN /MAKAN & MINUM /NOTA / SIJIL


SILIBUS KURSUS:
  • PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN
1. PENGURUSAN PERNIAGAAN
2. PENGURUSAN KEWANGAN
3. STRATEGI PEMASARAN

  • PENGURUSAN PROJEK / LADANG
1. SISTEM & TEKNOLOGI AKUAKULTUR
2. TERNAKAN /BIOLOGI AKUAKULTUR
3. PENGENDALIAN LADANG TERNAKAN
4. LATIHAN & AMALI

KUOTA :

Terhad 25 peserta sahaja.


Terbuka Kepada
:-
Usahawan Ternakan- Bakal Usahawan-Penjawat Kerajaan/swasta
Persatuan/Koperasi/Syarikat

BERMINAT SILA HUBUNGI :

EN. MOHAMED NURHISYAM B. BAHAROM

(012- 673 3124)





INDUSTRI AKUALKULTUR



Bidang akuakultur menjanjikan suatu yang lumayan bagi mereka yang berminat menceburinya dengan syarat mempunyai kemampuan modal, pengetahuan dan mengetahui strategi untuk menakluk pasaran.

Tambahan pula bidang tersebut yang dahulunya popular sebagai ternak air sudah menjadi aktiviti ekonomi sejak sekian lama di negara ini.

Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010), akuakultur disenaraikan dalam Projek Berimpak Besar (HIP) menerusi Zon Industri Akuakultur (ZIA) dengan komoditi utamanya seperti udang, ikan, udang laut, kerang-kerangan dan rumpai laut.

Daripada segi penyumbang berasaskan komoditi, ikan air tawar merupakan yang kedua terpenting selepas kerang-kerangan.



Pada tahun lalu kira-kira 96,000 tan metrik ikan air tawar bernilai RM485.6 juta dihasilkan oleh kira-kira 23,926 penternak membabitkan 17,000 hektar kawasan ternakan.

Jumlah tersebut merupakan 23 peratus daripada pengeluaran akuakultur atau enam peratus daripada keseluruhan 1.545 juta tan metrik dan spesies utama yang diternak ialah tilapia, keli, patin, kap cina.

Dengan peningkatan perkapita akuakultur meningkat daripada 3.3 kilogram (kg) pada 1985 kepada 7.9 kg pada 2005, angka tersebut sepatutnya menjadi satu khabar gembira kerana secara tidak langsung, industri tersebut menunjukkan sedang bergerak ke arah yang lebih positif.



Namun di sebalik beberapa kejayaan industri akuakultur khususnya spesies ikan air tawar, masih banyak kekangan untuk menjadikannya benar-benar berdaya maju.

Satu daripada masalah utama ialah kekurangan benih ikan air tawar terutama spesies-spesies yang popular di kalangan penternak.

Ini dapat diketahui daripada keluhan penternak berhubung masalah tersebut.

Sebagai syarikat yang bertanggungjawab dalam pembangunan bidang akuakultur, BIOAQUATECH telah mengambil beberapa langkah sebagai respons kepada rungutan pengusaha yang kekurangan benih ikan dan satu daripadanya ialah memanfaatkan teknologi pembiakbakaan.





PENTERNAKAN IKAN KETUTU



Ikan Ketutu atau nama saintifiknya Marble Goby merupakan spesies ikan air tawar namun ada juga yang hidup di kawasan air payau. Ikan ini juga dikenali dengan ikan hantu, ikan ubi dan ikan bodoh mengikut tempat. Bersifat karnivor iaitu memakan daging dengan memakan anak-anak ikan kecil, udang, siput dan ketam kecil. Ikan ini diberi nama sedemikian adalah kerana bentuk dan corak badannya yang seakan-akan ubi kayu atau kayu yang hodoh di dasar sungai.



Habitat asal Ikan ini ,kawasan seperti lubuk, lombong tinggal dan tasik terutama kawasan mempunyai kayu atau buluh bagi tujuan mencari makanan. Bersifat pendiam dengan aktif pada waktu malam atau keadaan gelap. Ketutu dapat mencapai pembesaran sehingga 50 cm atau 2kg dalam masa 2 tahun.
Diet utama ikan ini biasanya anak ikan dan udang. Kini spesies yang hodoh dan pemalas ini sukar ditemui kerana ianya selalu diburu oleh kaki pancing disebabkan rasanya dan enak. Maka tidak hairanlah jika permintaan terhadap ikan ini amat menggalakkan. Harganya boleh mencapai ratusan ringgit sekilo lebih-lebih lagi apabila menjelangnya Tahun Baru Cina.

Ikan Ketutu
:
Benih :3” ke 5” RM 4.50.
Matang :200g-500g seekor RM 55.00/kg




PENTERNAKAN IKAN PUYU SIAM



Ikan Puyu merupakan spesis ikan air tawar yang paling lasak, Sawah atau tali air serta sungai kecil menjadi habitat utama spesis ini, bersisik dan bersirip keras memudahkan spesis ini bergerak diatas tanah yang berair, kerana pada ketika tertentu pada musim hujan kebanyakkanya berhijrah dan akan memanjat tebing sungai mencari lopak air yang lain. Ia paling layak digelarkan spesis yang suka hijrah. Spesis ini juga mampu bertahan tanpa air hingga beberapa jam. Spesis ini hidup secara berkumpulan, dan kerana itu spesis ini mudah terancam oleh aktiviti-aktiviti penangkapan ikan seperti jaring, pukat, jala, tuba, & pancingan yang keterlaluan ( tanpa mengamalkan kaedah 'tangkap & lepas'bagi yang bersaiz kecil). Terdapat kepercayaan dalam masyarakat Melayu yang mana spesis ini mampu menghalang gangguan makhluk halus. Kerana itu, masyarakat Melayu lama memelihara spesis ini di dalam rumah untuk tujuan itu.




Ikan puyu seringkali dikaitkan dengan kepercayaan mistik. Mitos mengenai ikan puyu yang kononnya dapat menjadi penghalang serangan toyol dan ilmu hitam bukanlah sesuatu yang jarang kita dengar. Malah ada juga yang mempercayai memelihara ikan puyu boleh dijadikan 'tangkal' bagi menghalang perbuatan jahat.

Selain memelihara ikan puyu untuk tujuan perhiasan atau menjadikannya penghalang kuasa jahat, tidak kurang juga yang menjadikannya sebagai juadah. Ikan puyu mempunyai khasiat yang sama dengan ikan-ikan air tawar yang lain, biarpun persepsi masyarakat menganggap ikan puyu sebagai ikan paya atau ikan lumpur. Ikan puyu merupakan spesis ikan air tawar paling lasak kerana bentuknya bersisik licin dan bersirip tajam, mempunyai jangka hayat yang lama dan mampu hidup lebih lama di atas darat walaupun tanpa air. Biasanya ikan puyu ini akan dibiarkan untuk tempoh 2-3 hari sebelum dimasak bagi tujuan menghilangkan bau lumpur.


Ikan Puyu Siam :
Benih: 1 inci -2 inci RM 0.30
Matang :4-6 ekor /kg RM 13.00







IKAN TILAPIA MERAH (GIFT)
Genetically Improved Farmed Tilapia



Tilapia merah atau nama saintifiknya Oreochromis sp adalah spesies ikan air tawar yang berasal dari Benua Afrika. Ianya mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 50an. Pada pertengahan tahun 80an, tilapia merah iaitu spesies kacukan yang mempunyai kadar tumbesaran yang cepat serta warna yang menarik mula diternak.

Pengeluaran ikan tilapia merah dunia telah meningkat dengan ketara dalam tempoh sepuluh tahun yang lalu iaitu daripada 351,432 tan metrik pada tahun 1989 kepada 1,099,155 tan metrik kepada tahun 1999. Di Malaysia sebanyak 28,401 tan metrik ikan tilapia merah telah berjaya dikeluarkan pada tahun 2005 dengan nilai RM 146.15 juta. Ini merupakan 46% daripada jumlah pengeluaran akuakultur air tawar negara.


Ikan Tilapia
merupakan nama umum bagi hampir seratus spesis ikan cichlid dari puak biologi tilapiine cichlid. Tilapia mendiami pelbagai kawasan air tawar dan, sekali-sekala, habitat air payau bermula dari alur anak sungai kecil dan kolam sehingga sungai, tasik, dan muara. Kebanyakan ikan tilapia merupakan haiwan maserba dengan kecenderungan pada bagi tumbuhan rumpair lembut dan detritus. Dari segi sejarah tilapia merupakan ikan tangkapan penting di afrika dan levant, dan menjadi semakin penting dalam akuakultur di sekeliling dunia Di mana tilapia telah diperkanalkan secara sengaja atau tidak sengaja,



Tilapia telah menjadi ikan ketiga penting selepas karp
dan salmond, dengan pengeluaran mencecah 1,505,804 tan metrik pada 2002. Disebabkan saiznya yang besar, pertumbuhan pantas, dan rasanya, sejumlah tilapiine cichlid merupakan tumpuan bagi usaha akuakultur utama, terutamanya pelbagai spesies Oreochromis, Sarotherodon, dan Tilapia, kesemuanya secara tidak rasmi dikenali sebagai tilapia. Sebagaimana ikan besar lain, ia merupakan sumber protien yang baik dan merupakan sasaran popular bagi penangkapan nelayan kecil dan perdagangan. Pada asalnya, kebanyakan penangkapan ikan tersebut adalah di Afrika, tetapi perlepasan tilapia secara sengaja atau tidak sengaja dibeberapa tasik air tawar di Asia telah mendorong kepada projek akuakultur di negara ini


1. Ikan Tilapia
Merah Air Tawar:
Benih: 3 inci- RM 0.18


TILAPIA MERAH GIFT

KEPALA (23% BL)

LEBAR BADAN (42%BL)

ISI TEBAL


GRED C 250g – 350g

RM 7.00/kg ex farm


GRED C+ 400g – 500g

RM 8.00/kg ex farm


GRED B 550g – 650g

RM 9.00/kg ex farm


GRED A 700g UP

RM 10.00/kg ex farm


PEMBELIAN 1 TAN KEATAS HARGA BOLEH DIRUNDING

PENGELUARAN
30 TAN SEBULAN SECARA KONSISTEN



2. Ikan Tilapia Merah Marin

Matang : 600g seekor RM12/kg

PENGELUARAN
BULAN OGOS 2010 : 8 TAN





PENTERNAKAN IKAN KELI




Ikan keli (catfish) pada masa kini merupakan antara sumber protein utama pada masa sekarang. Ikan keli kini diterima sebagai permakanan harian. Varieti keli afrika mula diternak di Malaysia pada tahun 80an sebagai sepsis berpotensi komersil. Sekarang mendapat perhatian masyarakat tempatan menerima untuk menternak ikan ini.Ikan keli juga mengandugi Omega-3 yang tinggi. Nilai komersil dan khasiat permakanan yang telah terbukti, pendorong ikan keli ini sabagai ternakan utama di Negara ini.



Populariti ternakan keli di Malaysia bermula di sekitar tahun 1980’an dan ternakan komersil dilaksanakan pada awal 1995 apabila citarasa pengguna beralih kepada pemakanan untuk kesihatan. Pengeluaran keli telah meningkat dari setahun ke setahun disebabkan permintaan yang tinggi untuk industri hiliran seperti kilang pengetinan dan keropok. Di Sarawak, pergeluaran dianggarkan 360 tan setahun.


Ikan Keli
:
Benih: 3 inci RM 0.10
Matang :5 ekor p/kg RM 5.00

4 TAN SEBULAN SECARA KONSISTEN







KELEBIHAN IKAN KELI

Kajian Teknologi Park Malaysia

Ikan keli mengandungi omega-3 (0.51g/100g)


Dr. Jill Noris – Colorado University membuat kajian bahawa dengan memakan ikan yang mengandungi omega-3 yang tinggi boleh mengurangkan risiko diabetis pada kanak-kanak.



* HARGA TIDAK TERMASUK KOS PENGHANTARAN




PENTERNAKAN LINTAH



Ramai pasti geli geleman jika disuruh pegang lintah. Apa tidaknya dengan bentuk tubuh yang bergerutu, licin, liat dan terkenal sebagai penghisap darah, lintah bukan menjadi pilihan untuk dibelai. Terdapat 650 spesis lintah di dunia dan di mana hanya diketahui 20 jenis spesis sahaja yang dipelihara untuk perubatan. Diantaranya Hirudo Manilenssis (lintah asia) Hirudo Medicinalis (europe) Macrobdella Decore (Nort America) Hirudo Niponnia (Jepun) Haementeria Officinalis (Central America) Haementeria Depressa (South America) Amazon leech (Haementeria ghiliani) dan lain lain lagi.



Ternakan lintah mendapat sambutan hangat apabila saintis menilai semula keberkesanan haiwan penghisap darah itu. Sejak beberapa tahun lalu, penyelidik, kerajaan Barat, hingga bintang Hollywood mengakui keberkesanan lintah sebagai sumber ubat selepas puluhan tahun menganggapnya hanya kepercayaan kuno.
Menurut edisi terbaru Jurnal Kejururawatan Amerika, terapi lintah kini 'bangkit semula,' khususnya dalam membantu pesakit yang menjalani pembedahan plastik dan amat berguna untuk menangani beberapa masalah darah dan tisu.



Kerajaan Amerika Syarikat meluluskan penggunaan lintah sebagai sebahagian sumber perubatan pada 2004. Aktres Demi Moore mendedahkan, dia menjalani terapi lintah di Austria untuk merawat masalah darah yang dihadapinya. Kini, ia sudah terbukti secara saintifik untuk dijadikan penawar, Barangan kosmetik lintah juga tidak seperti barangan kosmetik lain. Ia mengubat kulit dari dalam
Enzim lintah digunakan bagi tujuan terapeutik seperti rawatan penyakit "myocardial, thrombotic dan tumor. Seperti mana gamat dan kuda laut, lintah yang telah dikeringkan juga digunakan didalam perubatan tradisional cina, lintah juga digunakan dalam terapi seperti bekam


SEBUT HARGA LINTAH

BELIAN 5K EKOR KEATAS

1. RM 0.25 -Benih (umur 2-3 bulan)
2. RM 0.35 -saiz V straw ( 3-4 bulan)
3. RM 0.50 -saiz sedang ( 4-5 bulan)
4. RM 0.55 -saiz Induk muda ( 5-6 bulan)

5. RM 0.65 -saiz Induk Matang ( 6-7 bulan)
6. RM 1.00 -saiz Induk Jumbo (8 bulan keatas)
7. RM75 /kg -saiz induk Jumbo/ mono

* Tempahan minimum 50 ekor
Tempahan maksimum 500k ekor
secara konsisten







PRODUK
SISTEM TERNAKAN AKUAKULTUR
AIR TAWAR
  • Tangki Kanvas 5 kai x 10 kaki x 2 tinggi
  • Tangki Poly (HDPE) - 7 ' diameter x 3' tinggi


KELEBIHAN SISTEM TANGKI

  • Memberi pulangan & hasil yang tinggi.
  • Kualiti ikan yang bersih dan terjamin.
  • Tidak memerlukan kawasan yang luas.
  • Mudah dipasang dan mudah diselenggarakan
  • Tidak memerlukan tenaga buruh yang ramai.
  • Menjimatkan kos.

TANGKI KANVAS








TANGKI POLY (HDPE)



PRODUK SISTEM PENAPISAN AIR

  • Jenis- jenis sistem pernapisan air.

Terbahagi kepada 3 komponen - biofilter, sand filter dan ultra violet light.












Makanan Ikan (pellet)


DIJAMIN 100% HALAL

FISH FEED

A special fish feed made from fingerlings composed of premium quality ingredients to provide better growth




Status Kesucian Ikan DIberi Makanan Tidak Halal


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan

Bagi Hal Ehwal Agama Islam kali ke - 76

Tarikh : 4-6 April 2006

Keputusan Muzakarah :

" Ikan yang dipelihara di dalam kolam ternakan dan seumpamanya adalah haram dimakan sekiranya ikan tersebut sengaja dipelihara di dalam air najis atau sengaja diberi makan najis seperti daging babi, bangkai atau sebagainya".

RUJUKAN:http://www.halaljakim.gov.my/content_view.php?IDarticle=129

Merujuk kepada perkara diatas, BIOAQUATECH HATCHERY sentiasa memastikan ikan yang diternak mendapat makanan yang terbaik dan semestinya yang bersih & suci kerana ia telah menjadi satu kepentingan dalam Agama Islam,dan bukan terhad kepada kesihatan semata-mata.







SISTEM PAGAR ELEKTRIK



Pagar elektrik memberi perlindungan terbaik bagi ancaman musuh untuk kolam ternakan dan tanaman sayuran. Pemasangan pagar elektrik bagi kolam ternakan perlu mengikut kreatiria tertentu untuk pagar berfungsi dengan sebaiknya.



PRODUK AKUAKULTUR



BIOBALL

BioBall adalah larut dalam sebuah bola kecil yang mengandungi udara yang tepat jumlah mikro-organisma Memberikan ketepatan belum pernah berlaku sebelumnya untuk Kuantitatif Kawalan Kualiti mikrobiologis.




ACTIVATED CARBON



A. HORMON PEMBIAKAN IKAN


1.Fish Breeding Hormone

Hormon disuntikkan ke ikan, digunakan untuk menstimulasikan pematangan dan pelepasan gonad pada berbagai jenis ikan.

  • Set 1 botol saiz 10 ml
  • Set 2 botol saiz 10 ml
  • Set 4 botol saiz 10 ml


2. Pati Fish Breeding Hormone (concentrate)

Ianya pekat dan menjimatkan.

Kaedah pencairan akan dilampirkan sewaktu penghantaran produk

  • Set 1 botol saiz 10ml
( Menghasilkan 100 ml hormon )


B. Hormon Sex Reversal

1. Hormon Monosex Male

( Membentukan Kelamin Jantan )

Menstimulasi pembentukan kelamin jantan pada populasi benih/rega ikan. Digunakan pada pembiakan ikan Tilapia dan ikan-ikan hias untuk mendapatkan hingga 97% benih/rega ikan jantan.

  • Bungkusan 5g

  • Bungkusan 10g


2.Hormon Monosex Female ( Membentukan Kelamin Betina )

Menstimulasi pembentukan kelamin betina pada populasi benih/rega ikan. Digunakan pada pembiakan ikan Tilapia dan ikan-ikan hias untuk mendapatkan hingga 97% benih/rega ikan betina

  • Bungkusan 5g

  • Bungkusan 10g


C. MAKANAN ( untuk Rega / Benih )

1. Polar Green

Makanan formulasi Spirulina Platensis dalam bentuk powder halus. Memiliki tingkat protein tinggi serta zat penting lainnya yang berguna untuk meningkatkan tingkat kehidupan benih/rega, meningkatkan daya daya tahan dan mempercepat pertumbuhan. Pada ikan hias juga berguna untuk mencerahkan warna ikan.

  • Meningkatkan survival untuk hidup

  • Meningkatkan daya tahan penyakit
  • Mempercepat pertumbuhan benih/rega
  • Benih/rega ikan tumbuh lebih merata
  • Mengurangi kanibalisme pada benih/rega ikan
  • Mencerahkan warna pada ikan hias
  • Bungkusan 500g


2. Protin Buster

Penambah protin pada makanan ( pellet ) ternakan

Mengandung konsentrat protein serta asam amino yang berguna untuk mempercepat pertumbuhan ikan.

  • Bungkusan 500g


D. UBATAN DAN VITAMIN

( Untuk Rega / Benih )


1.Fish Vitamin

Vitamin untuk benih / rega. Mempunyai vitamin yang lengkap untuk kesihatan dan pembesaran benih / rega.

  • Bungkusan 250g


2. Serbuk Anti-Ammonia

  • Bungkusan 100g

  • Bungkusan 300g


3. Cecair AntiKlorin

  • Set 1 botol 4000 ml / 4 L